Wednesday, April 15, 2009

TAKAFUL TERUNGGUL..

Utusan Malaysia (16 April 09)

DUBAI 15 April – Arab Saudi dan Malaysia merupakan dua pasaran takaful terunggul di dunia, dengan caruman masing-masing berjumlah AS$1.7 bilion dan AS$797 juta pada 2007, demikian menurut Laporan Takaful Dunia 2009 Ernst & Young.
Katanya, caruman Takaful global meningkat kepada AS$3.4 bilion pada 2007 berbanding AS$2.5 bilion pada 2006.
Laporan yang diumumkan pada Persidangan Tahunan Takaful Sedunia 2009 itu berkata Takaful, atau insurans koperasi patuh syariah, semakin berkembang melalui kegiatan menembusi pasaran Islam yang besar di dunia.
Bagaimanapun, ia menegaskan bahawa masih ada pasaran-pasaran besar yang belum diterokai di Asia dan Timur Tengah serta rantau Afrika Utara.
“Majlis Kerjasama Teluk (GCC), Malaysia dan Sudan merupakan tiga pasaran terunggul bagi Takaful manakala benua kecil India, Indonesia, Mesir dan Turki masih merupakan pasaran Islam yang paling kurang diterokai,” kata laporan itu. GCC terdiri daripada Arab Saudi, Qatar, Kuwait, Bahrain, Oman dan Emiriah Arab Bersatu.
Ketua Kumpulan Perkhidmatan kewangan Islam Ernst & Young, Sameer Abdi, berkata: “Pasaran Takaful sekarang meliputi sebahagian besar dunia tetapi masih ada banyak pasaran Islam yang belum diterokai di hampir setiap benua.
“Kami menganggarkan pasaran Takaful dunia mencapai nilai setinggi AS$7.7 bilion menjelang akhir 2012,” kata beliau.
Menurut Omar Bitar, rakan pengurusan Khidmat Nasihat Ernst & Young Timur Tengah, kelembapan dunia menjejaskan semua pihak dan Takaful juga tidak terkecuali.
Beliau berkata, pengusaha Takaful kini perlu menguruskan kos dengan lebih baik dalam pasaran yang lebih mencabar kerana landskap risiko telah banyak berubah.
“Portfolio pelaburan, kepakaran sumber manusia dan persaingan akan menjadi risiko perniagaan paling hebat dalam 12 bulan akan datang.
“Pengusaha-pengusaha (takaful) juga perlu menilai semula perniagaan teras masing-masing, dan memberikan tumpuan kepada usaha mencapai keuntungan taja jamin,” tegasnya.
Laporan itu mencadangkan bahawa dalam berhadapan dengan portfolio pelaburan berisiko tinggi, pengusaha Takaful perlu mempertingkat keupayaan pengurusan portfolio dan menambah pulangan terlaras risiko mereka. – Bernama

Tuesday, April 7, 2009

TAK SEDAR.. BANYAK DUIT HABIS RUPANYA..

Pendapatan bersih merosot akibat SMS

SERI ISKANDAR: Akibat terlalu leka ‘bergayut’, ramai tidak menyedari bahawa secara purata pemilik telefon bimbit di Malaysia membelanjakan sekitar RM100 hingga RM250 sebulan hanya untuk menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dan membuat panggilan.
Kajian terbaru Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menunjukkan sikap berkenaan menyebabkan kepada penurunan pendapatan bersih rakyat di negara ini sebanyak 10 peratus sebulan.
Presidennya, Datuk N Marimuthu, berkata penggunaan SMS di negara ini berada pada tangga keenam tertinggi di dunia yang bukannya pencapaian membanggakan kerana penggunaan telefon bimbit secara tidak berhemah boleh merugikan terutama dalam keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu,” katanya pada Majlis Kempen Konsumer Kebangsaan Bertema ‘Perubahan Bermula Dengan Saya’ anjuran Fomca dengan kerjasama Kelab Pengguna Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, semalam.
Di petik Dari Harian Metro, 7 April 2009.