Sunday, February 13, 2011

Jamuan Tahun Baru Cina, IKRAM Melaka

Hari ni 13 Februari 2011, berpeluang turut serta dalam Jamuan Tahun Baru Cina Anjuran IKRAM Melaka di Restoran Padang Serai Melaka Raya. Jamuan julung julung kalinya diadakan ini telah berjaya dihadiri hampir 30 orang wakil dari 13 NGO Cina yang berada di Melaka.

Antara wakil NGO yang hadir adalah seperti berikut :

1) Bah. Belia Dewan Perhimpunan Cina Melaka (3)
2) Pay Fong Middle School Board of Governor (1)
3) Gabungan Lembaga-lembaga SJK (C) Melaka (1)
4) Kwang Tung Association Youth (2)
5) Hui Ann Association Youth (1)
6) Fui Chew Associaion Youth (1)
7) Pertubuhan Confucius Melaka (1)
8) Persatuan Kawan Karib (5)
9) YMM Melaka (4)
10) Seong Cheong Youth (1)
11) Heng Ann Association Youth (2)
12) Cha Yang Association Youth (1)
13) Tan Clan Association Youth (1)


Best!! Makan Sedap...


Bersama Tuan Haji Aziz Omar YDP Ikram Melaka dan Tuan Haji Adam Khong, Timbalan Presiden Persatuan Tionghua Islam Melaka.


Bergambar Bersama sebelum pulang.


Menggaul Yee Sang diawal majlis.

Thursday, January 27, 2011

KEPENTINGAN MENJAGA SOLAT



RASULULLAH s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia.

Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman: Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya? Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.

Riwayat: Riwayat at-Tirmidzi

Huraian Hadith:

i) Seorang mukmin yang sebenar sudah tentu tidak akan mencuaikan ibadat sembahyang fardhu yang diwajibkan ke atasnya termasuklah menjaga waktu sembahyang, mematuhi tertib sembahyang dan sebagainya di samping mengerjakan ibadat sunat seperti sembahyang sunat, puasa sunat dan lain-lain setakat yang termampu olehnya.

ii) Sesungguhnya sembahyang itu jika dikerjakan dengan sempurna dapat mencegah seseorang daripada perbuatan keji dan mungkar sebaliknya orang yang mengerjakan ibadat sambil lewa tidak akan dapat merasai nikmat ketenangan dan ketakwaan yang sebenar kepada Allah S.W.T. Dia akan menganggap bahawa ibadat itu adalah suatu yang memberatkan. Lantaran itulah kita mendapati ramai orang yang tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat sekalipun dia mengerjakan sembahyang, puasa dan sebagainya.

iii) Rebutlah segala peluang yang ada semasa hidup di dunia ini untuk mengerjakan kebaikan, hayatilah kata-kata (athar): Berusahalah untuk duniamu seolah-olah engkau hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah engkau akan mati esok hari.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Wednesday, January 12, 2011

KISAH HARUN AL-RASYID


Peta wilayah kekuasaan semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid (786-809) yang terbentang dari daerah Laut Mediterranean di barat hingga India di timur

SIAPA HARUN AL- RASYID

KHALIFAH kelima abbasiyah ialah Harun al-Rasyid (786-809). Di bawah pemerintahannya, Abbasiyah mencapai kemuncak kejayaan dalam bidang ekonomi, perdagangan, wilayah, ilmu dan peradaban Islam. Wilayah kekuasaan Harun terbentang dari daerah Laut Mediterranean di barat hingga India di timur.

Harun juga menghadapi banyak pemberontakan seperti pemberontakan kaum Khawarij. Selain seorang yang dermawan, Harun juga meminati bidang seni sebagai penyair.

Sebagai anggota keluarga istana, sejak zaman mudanya baginda banyak terlibat dalam pelbagai urusan pemerintahan yang menjadi bekalannya kelak semasa menjadi khalifah.

Pergaulannya luas, daripada kalangan ulama, pakar undang-undang, penulis, seniman, hingga kalangan bukan Islam. Baginda kerap kali mengundang mereka ke istana untuk membincangkan pelbagai masalah.

Baginda sangat menghormati setiap orang dan tidak hairanlah jika baginda dikagumi sebagai tokoh legenda.

Al-Amin dan Al-Makmun

Abbasiyah mencapai kemuncak kejayaan ketika dipimpin oleh Harun al-Rasyid, dan selepas itu oleh anaknya al-Amin dan al-Makmun. Pada masa itu Islam berada pada zaman keemasan. Masyarakat Islam hidup makmur. Ekonominya maju, terutama dalam sektor perdagangan dan pertanian.

Ketika itu ibu kota Baghdad menjadi pusat perdagangan terbesar dan paling sibuk di dunia. Pemerintah juga melengkapkan Baghdad dengan bangunan besar sebagai tempat beribadat, pendidikan, kesihatan dan perdagangan.

Baitul Hikmah

Harun al-Rashid memainkan peranan yang sangat penting dalam mengembangkan ilmu pengetahuan dan peradaban Islam. baginda mendirikan Baitul Hikmah sebagai institusi penterjemahan pelbagai bidang ilmu.

Pada zaman al-Makmun, fungsi institusi ini dikembangkan lagi menjadi institusi perguruan tinggi, perpustakaan dan badan penyelidikan. Harun juga menubuhkan majlis penyelidikan agama yang diselenggarakan di rumah, di masjid dan di istana. Baginda juga sangat mengambil berat tentang ilmu perubatan, farmasi, kebudayaan, dan kesusasteraan.

Ahli Ibadat

Harun al-Rasyid juga tergolong sebagai seorang pemimpin yang kuat beribadat. Baginda dikatakan mendirikan solat sunat 100 rakaat setiap hari. Baginda juga pergi menunaikan haji atau umrah sebanyak dua kali setahun dengan berjalan kaki dari Baghdad ke Mekah bersama-sama keluarganya dan ulama.

Jika tidak pergi menunaikan haji, baginda menghantar kira-kira 300 orang menunaikan haji dengan biaya penuh dari istana.

Putera Mahkota

Harun al-Rasyid lahir di Rayy (Iran) pada 149 H/766 M. Ayahnya ialah al-Mahdi bin Abu Jaafar al-Mansur, khalifah ketiga Abbasiyah (755-785). Ibunya bernama Khaizuran yang berasal dari Yaman.

Beliau mendapat pendidikan agama dan ilmu pemerintahan di istana atas bimbingan Yahya bin Khalid. Pada 779-780 dan 781-782 baginda pernah memimpin pasukan tentera untuk menyerang Byzantium.

Pada 163 H/779 M baginda menjadi gabenor al-Saifah dan setahun kemudian (164 H/780 M) menjadi gabenor Maghribi. Pada 166 H/782 M baginda disahkan sebagai putera mahkota yang akan menjadi khalifah.

Pada 786 M baginda menjadi khalifah Abbasiyah kelima. Baginda meninggal dunia di Khurasan pada 193 H/809 M.