Thursday, July 29, 2010

Teh Tarik Session..

Malam esok, 31 Julai 2010 akan diadakan Mini Reunion untuk bekas pelajar - pelajar Sek Men Kebangsaan Layang Layang Johor. Walaubagaimanapun, program ni bukanlah untuk semua bekas pelajar, tapi khusus / terhad untuk Batch SPM 93 je.
Program ni akan di adakan di kedai seorang rakan yang kini menjadi usahawan @ tokey di kedainya sendiri iaitu di kedai Tepian Layang kepunyaan Suminah Mustafa. Di jangka seramai 15 orang akan menyertai Teh Tarik Session ni.
Antara agenda yang di sembangkan pada malam tersebut adalah mengenai Nostalgia zaman sekolah dulu, maklumlah ada yang sejak dari habis SPM dulu tak pernah jumpa kawan-kawan. Lama Betul!
Selain itu ia juga akan membincangkan program Reunion Raya yang di rancang akan diadakan pada September ini.