Thursday, October 14, 2010

Kisah Professor dengan Pengayuh Sampan.

Satu hari seorang professor ingin menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang dikayuh oleh seorang pengayuh sampan. Di tengah-tengah sungai, professor bertanya: “Kau pandai menulis dan membaca?”
“Tidak. Saya buta huruf.”
Jawab si pengayuh sampan.

“Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup.”

Tidak lama selepas itu, professor bertanya lagi: “Kamu ada membuat simpanan wang di bank?”
“Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan saja. Macammana nak simpan duit.”
“Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti.”


Sampan terus bergerak. Sampai di tengah sungai. Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir mahu tenggelam.
Si pengayuh sampan bertanya kepada professor: “Tuan, apakah tuan pandai berenang?”
“Err…errr, saya tidak tahu laaa.” Jawab professor dalam keadaan panik.
“Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!”

Apa pengajaran dari cerita ini ?
Tuhan tidak mencipta manusia itu bodoh. Sebaliknya, Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza. Setiap kita mesti mengenal di mana kebijaksaan itu dan meningkatkannya ke tahap maksimum.
Jangan rasa hina diri sebaliknya binalah keyakinan diri.
Allah ciptakan setiap manusia untuk berjaya.

Sumber Artikel : Majalah Solusi No.16 (Sebuah majalah yang sangat baik dan perlu dimiliki oleh semua orang. Maklumat lanjut, sila dapatkan majalah solusi di pasaran. TQ)

Wednesday, October 13, 2010

KEBAHAGIAAN SEORANG SUAMI

Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya. Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.
Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: " semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."
Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..
Si suami meneruskan kata-katanya: " Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.
Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam);
"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."


Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku..
Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.
Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya..
Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya. "

Masyaallah..alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami mcm nie. Adakah kita mampu lakukan seperti yg dilakukan terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahgiakan suaminya. Kebanyakkan sekarang nie ramai gak suami2 yg redha dan bahagia jika isteri mereka meninggal dunia.tetapi bahagia kerana boleh kawin lagi.. hehehee"

Friday, October 8, 2010

Kisah Maher Zain...

Kembali Ke Jalan Allah.TIGA tahun lalu, dia pernah terbuai dengan keseronokan duniawi. Bergelar pengunjung tegar pusat hiburan, meneguk minuman beralkohol serta menjadikan najis dadah sebagai peneman, penyanyi dan produser yang berhasil menghipnos pengikut dari seluruh dunia, Maher Zain, 29, secara terbuka berkongsi kekhilafan dirinya.
Berterus-terang, tidak pernah terlintas di ruang fikirnya ingin berdampingan dengan gelaran anak seni. Jejaka kacak berketurunan Lebanon dan dibesarkan di Sweden itu, sebaliknya punya alasan sendiri untuk tegak berdiri dalam belantika hiburan lantas mengalunkan kelunakan vokalnya yang dibalut puji-pujian kepada Sang Pencipta.
"Tiga tahun lalu, saya jauh daripada Allah kerana melakukan banyak perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Saya juga bergaul dengan orang tidak baik. Malah, paling menyedihkan saya tidak ingat dengan bacaan Al-Fatihah. Bayangkan, sampai macam itu sekali. Saya akui keadaan ini agak serius sekali gus membimbangkan diri.
Tidak lama kemudian, saya rasa teramat kekosongan. Apa tidaknya, saya melihat diri ini tidak sama dengan kawan lain sampaikan kami pernah berselisih faham sesama sendiri apabila mempersoal tentang cara hidup dan persekitaran tidak betul ini. Selepas itu, saya diperkenalkan kepada RedOne lantas bekerja di sampingnya bagi menerbitkan album artis lain.
"Dalam waktu sama, saya sering mengunjungi sebuah masjid dan bertemu rakan-rakan baru. Mereka banyak memberi nasihat kepada saya agar kembali kepada asal-Nya. Justeru, saya mula lebih mengenal diri sehinggakan timbul kesedaran untuk berkarya," katanya ketika ditemui pada pelancaran album Thank You Allah di Menara Kuala Lumpur Selasa lalu.
Dan bukan calang-calang. Dianugerahkan selautan bakat seni, graduan Sarjana Kejuruteraan Aeronautik ini terinspirasi untuk menghasilkan lagu-lagu bersalut keagamaan dan kerohanian dalam perspektif berbeza. Lebih menarik, setiap karya dibikin Maher, ia terkait dengan kisah yang pernah dialami sendiri di alam realiti.
"Dengan muzik merupakan sebenar minat saya, tiada salahnya kalau membikin lagu yang bersangkutan dengan ajaran Islam termasuk meluahkan seluruh kecintaan kepada Allah, alam semesta, pasangan, keluarga, sahabat handai dan sebagainya. Lebih indah kalau saya mahu menampilkan pembaharuan," lekas sahaja jawabnya.

Boleh dianggap mencipta gelombang sehingga dia sendiri terkena refleks kemasyhuran, Maher tidak pernah sesekali menebak dia mampu berada pada tangga sekarang. Kemunculannya dalam dunia serba-serbi glamor, akuinya, hanya ingin berkongsi kebolehan kepada peminat. Tiada lain, itu sahaja yang berputar dalam fikirannya.
"Sejujurnya, saya tidak sangka dengan penerimaan positif daripada peminat termasuk di Malaysia apabila berkecimpung dalam arena seni sejak dua tahun lalu. Sukar hendak digambarkan perasaan ini. Yang penting, saya sentiasa berpegang kepada niat - menyalurkan mesej tertentu dalam membikin lagu kepada pendengar.
"Begitupun, saya sentiasa sedar diri. Sebenarnya masih panjang lagi perjalanan saya dalam industri ini. Saya harap dapat terus menyumbangkan lebih banyak karya berkualiti sambil menyelitkan elemen dakwah. Saya ingin memfokuskan terlebih dahulu terhadap nyanyian dan penerbitan," ujar Maher yang selesa menjunjung jalur R&B dan soul.
Konsert perkenalan
Selain hadir ke bumi Malaysia untuk melancarkan album debutnya, Maher juga bakal menghiburkan peminat menerusi konsert mini Save The Soul yang bakal berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor pada 14 dan 15 Oktober ini. Dibawa oleh Raudhatus Sakinah, penghibur terkenal tanah air, Aishah menjadi artis pembuka tirai.
Cukup mengejutkan apabila tiket mini konsert tersebut telah habis dijual dalam waktu singkat. Maher juga ketika ditemubual, tidak berupaya menyembunyikan kegembiraannya sehingga tidak sabar untuk bertandang semula ke negara ini sambil merealisasikan konsert berskala gergasi dengan menghadirkan bunyi-bunyian orkestra.
BARISAN wakil dari Menara KL juga tidak ketinggalan mengabadikan gambar bersama Maher.
"Konsert mini ini dianggap sebagai acara kecil memperkenalkan diri saya kepada peminat di Malaysia. Saya bakal menyanyikan sebanyak lapan buah lagu secara minus one daripada album Thank You Allah. Ia sengaja dibuat dalam suasana santai supaya saya dapat menghiburkan peminat secara lebih dekat pada persembahan ini.
"Pada pendapat saya, sebuah konsert tidak kiralah bersaiz biasa, atau sebaliknya, ia perlu dilakukan terutama kepada artis baru seperti saya. Tidak terkecuali, saya ada perancangan untuk mengadakan persembahan lebih besar pada masa akan datang. Insya-Allah, mungkin awal tahun depan," sahutnya penuh harap.
Menandatangani kontrak dengan rumah penerbitan, Awakening Records sejak setahun lepas, Maher yang telah mengukir populariti di negara Eropah dan Timur Tengah turut menzahirkan keterujaan apabila berkesempatan melibatkan diri pada mini konsert tersebut. Tambah Maher: "Hanya Tuhan saja tahu betapa bersyukurnya saya dapat berada di Malaysia."

Di copy dari KOSMO 9/10/10