Sunday, May 10, 2009

SELAMAT HARI IBU..Buat Ibuku



Moga Allah Merahmati Ibuku, Diberkati Hidupnya, Diampuni Dosa-Dosanya, Dikuatkan Imannya, Di Murahkan Rezekinya, Diberikan Kesihatan dan Dipanjangkan Umurnya.
Tanpa Ibu... Siapalah Aku..

Wednesday, May 6, 2009

Syeikh Yusof Al Qardawi.


Kita mengenali Syeikh Dr. Yusof Al Qaradhawi sebagai ulama' tersohor didunia Islam hari ini. Semasa mudanya beliau belajar di Universiti Al Azhar Mesir. Kemudian beliau mengajar di Al Azhar. Semasa itu beliau bergiat aktif didalam pergerakan Ikhwanul Muslimin, sehingga ke tahap mengangkat senjata berjihad menetang rejim Israel la'natullah hi 'alaih.
Disebabkan kelantangan beliau mempersoalkan kefasikan pemerintah rejim di Mesir, Syiekh Dr. Yusof Al Qaradhawi telah dikenakan tindakan buang negeri dan persona non grata. Beliau kemudiannya menetap dan menjalankan kegiatan da'wahnya di Qatar sehingga kini. Beliau adalah antara tokoh ulama' yang sangat dibenci oleh rejim Israel, Amerika dan kerajaan-kerajaan dinegara umat Islam kerana keberanian beliau memperkatakan perkara yang haq..
(Untuk lebih mengetahui sejarah beliau sila baca buku "Perjalanan Hidupku:Dr Yusuf Al Qaradhawi" yang telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu terbitan Pustaka Al Kautsar, Jakarta, Mei 2003).
Dr. Yusuf Al Qaradhawi ni sekarang sudah agak berumur. Beliau lahir pada 09 Sept 1926, beliau kini berumur 85 tahun hijrah (83 tahun masehi). Kesihatannya pun tidak berapa menggalakkan, beliau kini hidup diatas kerusi roda.
Tapi apa yang membuat kita terharu dan terpegun dalam ucapan beliau baru-baru ini. Syeikh Dr. Yusuf Al Qaradhawi menyatakan bahawa sebelum menutup mata, hanya satu sahaja cita-cita beliau; ini adalah teks terjemahan ucapan beliau:

"Saya hanya mempunyai satu sahaja cita-cita sebelum dipanggil Ilahi. Saya kepingin sangat mahu ke Ghozzah bumi Filistin. Disana saya ingin sangat menemui tentera rejim Israel la'natullah, dan saya ingin sangat menembak mati mereka seramai yang mungkin. Dan saya tidak takut sekiranya pesawat canggih rejim Israel datang dan mengebom saya hingga berkecai, kerana saya terlalu ingin berjumpa ALLAH dalam keadaan syahid. Saya sangat cemburu dengan sahabat-sahabat saya Almarhum Assyahid Syeikh Hassan Al Banna, Assyahid Syeikh Yaasin, Assyahid Syeikh Ahmad Rantissi yang mereka semuanya dapat bertemu ALLAH dalam keadaan badan berkecai kerana syahid ditangan musuh-musuh ALLAH. Moga ALLAH mengabulkan doa dan impian saya yang terakhir ini".
Itulah rintihan dan doa Syeikh Dr. Yusuf Al Qaradhawi ini. Dalam keadaan umur yang lanjut dan kesihatan yang tak mengizinkan, beliau masih mempunyai semangat jihad yang tinggi.

Di petik dari : http://zul4kulim.blogspot.com

Wednesday, April 15, 2009

TAKAFUL TERUNGGUL..

Utusan Malaysia (16 April 09)

DUBAI 15 April – Arab Saudi dan Malaysia merupakan dua pasaran takaful terunggul di dunia, dengan caruman masing-masing berjumlah AS$1.7 bilion dan AS$797 juta pada 2007, demikian menurut Laporan Takaful Dunia 2009 Ernst & Young.
Katanya, caruman Takaful global meningkat kepada AS$3.4 bilion pada 2007 berbanding AS$2.5 bilion pada 2006.
Laporan yang diumumkan pada Persidangan Tahunan Takaful Sedunia 2009 itu berkata Takaful, atau insurans koperasi patuh syariah, semakin berkembang melalui kegiatan menembusi pasaran Islam yang besar di dunia.
Bagaimanapun, ia menegaskan bahawa masih ada pasaran-pasaran besar yang belum diterokai di Asia dan Timur Tengah serta rantau Afrika Utara.
“Majlis Kerjasama Teluk (GCC), Malaysia dan Sudan merupakan tiga pasaran terunggul bagi Takaful manakala benua kecil India, Indonesia, Mesir dan Turki masih merupakan pasaran Islam yang paling kurang diterokai,” kata laporan itu. GCC terdiri daripada Arab Saudi, Qatar, Kuwait, Bahrain, Oman dan Emiriah Arab Bersatu.
Ketua Kumpulan Perkhidmatan kewangan Islam Ernst & Young, Sameer Abdi, berkata: “Pasaran Takaful sekarang meliputi sebahagian besar dunia tetapi masih ada banyak pasaran Islam yang belum diterokai di hampir setiap benua.
“Kami menganggarkan pasaran Takaful dunia mencapai nilai setinggi AS$7.7 bilion menjelang akhir 2012,” kata beliau.
Menurut Omar Bitar, rakan pengurusan Khidmat Nasihat Ernst & Young Timur Tengah, kelembapan dunia menjejaskan semua pihak dan Takaful juga tidak terkecuali.
Beliau berkata, pengusaha Takaful kini perlu menguruskan kos dengan lebih baik dalam pasaran yang lebih mencabar kerana landskap risiko telah banyak berubah.
“Portfolio pelaburan, kepakaran sumber manusia dan persaingan akan menjadi risiko perniagaan paling hebat dalam 12 bulan akan datang.
“Pengusaha-pengusaha (takaful) juga perlu menilai semula perniagaan teras masing-masing, dan memberikan tumpuan kepada usaha mencapai keuntungan taja jamin,” tegasnya.
Laporan itu mencadangkan bahawa dalam berhadapan dengan portfolio pelaburan berisiko tinggi, pengusaha Takaful perlu mempertingkat keupayaan pengurusan portfolio dan menambah pulangan terlaras risiko mereka. – Bernama

Tuesday, April 7, 2009

TAK SEDAR.. BANYAK DUIT HABIS RUPANYA..

Pendapatan bersih merosot akibat SMS

SERI ISKANDAR: Akibat terlalu leka ‘bergayut’, ramai tidak menyedari bahawa secara purata pemilik telefon bimbit di Malaysia membelanjakan sekitar RM100 hingga RM250 sebulan hanya untuk menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dan membuat panggilan.
Kajian terbaru Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menunjukkan sikap berkenaan menyebabkan kepada penurunan pendapatan bersih rakyat di negara ini sebanyak 10 peratus sebulan.
Presidennya, Datuk N Marimuthu, berkata penggunaan SMS di negara ini berada pada tangga keenam tertinggi di dunia yang bukannya pencapaian membanggakan kerana penggunaan telefon bimbit secara tidak berhemah boleh merugikan terutama dalam keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu,” katanya pada Majlis Kempen Konsumer Kebangsaan Bertema ‘Perubahan Bermula Dengan Saya’ anjuran Fomca dengan kerjasama Kelab Pengguna Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, semalam.
Di petik Dari Harian Metro, 7 April 2009.

Friday, February 6, 2009

7hb Feb 09.. Last Day di SWM Melaka

Sempat gak posing dengan Mr Goh, yang baju merah tu, Syahrizal IT, yang kat tengah dan Shahrizal, tepi sekali... sebelum punch kad terakhir jam 12.30 tengahari.
Kepada semua warga SWM, Selamat Maju Jaya.. bye bye..

Wednesday, February 4, 2009

BOIKOT! BOIKOT! BOIKOT!

Moga Usaha Kita Yang Sedikit Ini Menjadi Jawapan Kepada Kita Bila Di Tanya oleh Allah nanti tentang apa usaha kita dalam membantu saudara saudara kita di Palestin.

Menurut Fatwa Syeikh Dr. Yusuf Qardhawi:
Salah satu bentuk sokongan padu bagi perjuangan Palestin, menurutnya ialah dengan melakukan embargo (boikot) total terhadap semua produk Israel dan AS. "Satu Rial (Ringgit) anda gunakan untuk membeli produk Israel dan AS, sama dengan satu peluru yang akan merobek tubuh saudara anda di Palestin," katanya.
Oleh itu marilah bersama sama mengelak dari membeli barangan Israel & USA.. Kecuali tiada pilihan

Sunday, February 1, 2009

TAKAFUL? PENTING KE?

FAKTOR ASAS MENGAPA PERLUNYA TAKAFUL .

1. Untuk Melindungi Pendapatan Keluarga
Kesinambungan pendapatan bergantung kepada kehidupan dan kesihaatan pencari nafkah. Plan Takaful Keluarga dapat menjamin pendapatan keluarga dalam apa juga keadaan.

2. Perlindungan Kewangan Ketika Hilang Upaya
Sekiranya pencari nafkah hilang upaya, plan takaful memastikan keperluan keluarga tidak terjejas.

3. Pelan Pendidikan Untuk Anak-anak
Rancang kewangan pendidikan anak anda dari sekarang, tanpa perlu membuat pinjaman pada masa akan datang. Jangan biarkan anak anda berhutang sebelum bekerja.

4. Tabung Persaraan
Semua orang yang bekerja mengharapkan suatu persaraan yang membahagiakan. Plan Takaful adalah langkah praktikal ke arah matlamat tersebut.

5. Suatu Pelan Perubatan/Kesihatan
Ramai yang merungut mengenai peningkatan kos penjagaan kesihatan.Orang yang bijak menggunakan takaful untuk meringankan beban perbelanjaan perubatan/kesihatan yang tinggi.
Tak perlu kita serahkan semua wang yang di simpan bertahun lamanya kepada doktor yang merawat kita. Biar takaful yang bayar!

6. Sebagai Pemberian Untuk Yang Tersayang
Tidak seperti pemberian yang lain, pampasan takaful adalah satu-satunya pemberian berharga dan kekal sepanjang hayat. Sesuatu yang akan ditanya bila berlaku kematian.

7. Perlindungan Perniagaan Keluarga
Sesetengah perniagaan keluarga adalah untuk diwarisi dari generasi ke generasi. Plan Takaful membantu memastikan pengekalan pusaka keluarga.

8. Sebagai Pelan Kewangan Menyeluruh
Pelan kewangan mungkin ringkas dan menyeluruh. Namun tiada pelan kewangan yang sempurna tanpa takaful. Perlindungan Pendapatan adalah Asas dalam perancangan kewangan. Sebab tu ada orang kata " Protect First Then Invest"

9. Fardu Kifayah Kerana Menyokong Sistem Muamalat Islam