Friday, August 21, 2009

RAMADAN KAREEM..

Selamat berpuasa ke semua Muslimin dan Muslimat. Esok 22 Ogos 2009 / 1 Ramadan bermulalah bulan yang penuh dengan rahmat dan kemuliaan. Anggaplah Ramadan kali ini sebagai yang terakhir, bagi kita meningkatkan amal semaksima mungkin.
Moga Ramadan kali ini amal kita akan lebih 'Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa...'

Wednesday, August 19, 2009

Nasihat Untuk Pendakwah.

~untuk peringatan kepada diri sendiri~
Hadith :
Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa ia pernah mendengar Nabi SAW bersabda: “Pada hari kiamat kelak seseorang itu akan dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya dan dia berputar-putar seperti seekor keldai mengelilingi batu kisaran. Para penghuni neraka lainnya pun menghampirinya dan bertanya:”Wahai saudara, mengapa ini semua terjadi? Bukankah saudara adalah orang yang pernah menyuruh kepada-perkara makruf (kebaikan) dan mencegah perkara-perkara yang mungkar (kejahatan)?”
Maka ia menjawab:”Benar, akulah yang pernah menyuruh kamu berbuat makruf dan melarang kamu berbuat kemungkaran, tetapi aku sendiri yang melanggarnya.” (Bukhari & Muslim)
Huraian:
1. Dalam usaha membina individu dan mendidik masyarakat, Islam amat mementingkan ketinggian akhlak seperti benar dalam percakapan dan tindakan, penuh rasa tanggungjawab (amanah), menepati janji, toleransi, pemaaf, penyantun dan sebagainya.
2. Seorang pendakwah itu hendaklah mendahulukan contoh perbuatannya daripada ucapannya kerana dakwah melalui perangai atau akhlak yang baik (qudwah hasanah) merupakan media yang paling efektif kepada masyarakat yang akan menjadikannya sebagai contoh (idola) untuk diikuti.
3. Sesungguhnya orang yang pernah menyuruh orang lain berbuat baik sementara dirinya sendiri melanggarnya adalah orang yang bakal menempuh siksaan yang amat berat di hari akhirat kelak. Keadaanya samalah seperti ‘ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus ‘. Oleh itu hiasilah diri dengan akhlak yang terpuji, penampilan yang baik, etika pergaulan yang bersopan dan sifat-sifat mulia yang lain supaya tidak tergolong di kalangan orang-orang yang ‘cakap tak serupa bikin’!.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Tuesday, August 18, 2009

H1N1 kini dilindungi oleh MAA Takaful SMartmedic 100.

Berita baik untuk semua...
Kad Perubatan MAA Takaful kini melindungi penyakit berkaitan H1N1. Dalam mengambil langkah berhati-hati untuk mengelakkannya, kita juga perlu bersedia dengan persediaan kewangan. Mana la tau kan.. Tak kan nak kasi semua duit kat doktor..
Posting sebelum ini berkaitan dengan Kad Perubatan yang hebat ini juga berkaitan. Hubungi saya di talian 017-6668905 atau letakkan nama dan no telefon di ruangan komen untuk dihubungi.

Sunday, August 16, 2009

LAJUNYA....

Jamaica's Usain Bolt poses beside the indicating board after setting a new Men's 100m World Record in the Men's final at the World Athletics Championships in Berlin on Sunday. (AP Photo/David J. Phillip)

Dapat Tugas Baru..

16 Ogos 2009 mula dengan rasmi tugas baru sebagai Penolong Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Angkasa Nuri Durian Tunggal. Tugas ini bermula bila mesyuarat AJK yang pertama untuk penggal baru di jalankan.
Moga diberi kekuatan dan kemudahan oleh Allah Taala untuk berkhidmat kepada masyarakat setempat.

Wednesday, August 12, 2009

Ustaz Asri Pergi Tak Kembali

Moga Allah Mencucuri Rahmatnya dan menempatkan beliau bersama ruh orang orang yang diberkati.KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.
Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan


Berita Harian Online 13 Ogos 2009