Walaupun Dengan Hanya RM100 sebulan. 3 Faedah Berikut telah tersedia untuk anda:-
1. DANA PERSARAAN
Untuk bersara dengan selesa kita mesti mula merancang semasa usia muda. Sikit demi sedikit lama lama jadi bukit. Di MAA Takaful, kami akan menguruskan simpanan persaraan anda untuk tempoh pilihan anda. 20 tahun atau 25 tahun. Simpanan anda akan dilaburkan dalam 3 dana berikut :-
i ) MAA Takaful Balanced Fund ii) MAA Takaful Growth Fund iii) MAA Takaful Income Fund.
2. TABUNG KHAIRAT KEMATIAN.
Tabung ini disediakan khusus untuk pewaris anda jika anda meninggal dunia sebelum simpanan anda matang. Kematian memang menyedihkan buat orang tersayang. Bukan sahaja kasih sayang akan terputus tetapi sumber pendapatan mereka juga terjejas. Jangan biarkan mereka hidup derita walaupun anda sudah tiada. Pendidikan anak anak mesti diteruskan. Kehidupan mereka mesti berjalan seperti biasa..
3. DANA PERBELANJAAN KECEMASAN
Ini tabung dana yang paling penting. Kami akan menguruskan perlindungan kewangan anda jika anda ditimpa musibah kemalangan atau penyakit kritikal. Jika keadaan ini berlaku, pendapatan anda berkurangan tapi pada masa sama perbelanjaan akan meningkat. Anda sudah ditimpa musibah.. Mana mungkin kita boleh bekerja kuat lagi. Jika anda menyimpan di bank biasa, mungkin semua wang akan habis anda keluarkan. Tapi selepas itu..? dimana sumber kewangan kita lagi?Di MAA Takaful, keadaan ini tak berlaku, tabungan pokok tidak terjejas walaupun akan mengeluarkan sebahagian simpanan untuk merawat penyakit anda.
Oleh yang demikian, sebagai seorang yang berpandangan jauh. Kita mesti mula tabungan untuk persediaan masa hadapan.
No comments:
Post a Comment