Monday, November 10, 2008

MAA TAKAFUL - CancerCare


“Tak mungkin saya menghidap kanser” Inilah yang mungkin terlintas dalam hati apabila memikirkan tentang kanser. Malangnya dalam dunia hari ini , tiada siapa yang boleh bersikap terlalu yakin bahawa mereka boleh mencegah penyakit memudaratkan ini. Namun, dengan kemajuan perubatan yang sedia ada, kebanyakan kanser boleh dikesan di peringkat awal dan berjaya di rawat.

Kanser adalah penyakit yang tidak memilih bulu. Penyakit ini tidak peduli badan siapa yang diserangnya. Sel kanser hidup semata mata memenuhi matlamatnya sendiri untuk membiak. Kanser langsung tidak menunjukkan belas kasihan dalam usahanya untuk mengambil alih badan perumah sehingga tubuh yang dihuninya tidak lagi wujud.

KANSER. Perkataan yang sering dikaitkan dengan kematian.
Tahukah kita… Ada 210 jenis penyakit di dunia ini diklasifikasikan dibawah nama kanser. Ia menyerang 11 juta orang dewasa dan kanak kanak seluruh dunia dan 6 juta darinya meninggal dunia setiap tahun.
Di Malaysia, 45,000 warganya disahkan penghidap kanser setiap tahun. Ia adalah pembunuh terbesar rakyat Malaysia selepas sakit jantung.

Apa itu CancerCare
Ia adalah pelan perubatan yang menyediakan bayaran manfaat sekaligus jika orang yang dilindungi mengidap kanser. Manfaat yang disediakan bukanlah bila Kanser itu berada di tahap kritikal atau Tahap ketiga, tetapi jika orang yang dilindungi disahkan Kanser Tahap Pertama atau Carsinoma In Situ (CIS) Khusus Jantina, bayaran sebanyak 25% dari jumlah dilindungi akan diberikan sebagai pendahuluan bagi tujuan rawatan awal.

MANFAAT CANCERCARE SEPINTAS LALU…
1. Pelan Kanser KOMPREHENSIF yang melindungi segala bentuk kanser
2. Dirangka secara UNIK untuk membayar manfat peringkat awal dan lanjutan kanser
3. Perlindungan sehingga RM500,000 (1/2 juta) bagi kanser dengan caruman serendah RM67 setahun ( bergantung kepada umur dan jantina)
4. Pelepasan Cukai Pendapatan sehingga RM3000.00 ( bergantung kepada kelayakkan dan kelulusan LHDN)
5. Perkongsian Lebihan (Surplus Sharing) 50% kepada peserta jika tiada tuntutan dibuat.

No comments: