Tuesday, January 27, 2009

DARI ALLAH KITA DATANG..DAN KEPADA NYA KITA KEMBALI

Sabtu lepas ( 24 Jan 09 ) kami sekeluarga di kejutkan dengan panggilan telefon ketika sedang nyenyak tidur. Panggilan sebelum subuh itu begitu mengejutkan.. Makcik / kakak sulong kepada Emak telah tiada lagi. Dengan pantas kami sekeluarga segera pulang ke Layang Layang, Johor.
Arwah yang dikenali sebagai seorang yang kuat kerja, suka membantu dan bersedekah telah pergi buat selamanya. Pemergiannya tidak di tangisi oleh kaum keluarga sahaja, tapi juga oleh rakan rakan dan sahabat sahabatnya. Kehilangan yang amat di rasai oleh kami semua.
Kemudian kami dikejutkan lagi oleh punca kematiannya - LEUKIMIA berdasarkan laporan doktor di sijil kematiannya. Arwah cukup berahsia.. Tak siapa tahu tentang penyakitnya.
Moga Allah mencucuri rahmat atas Rohnya dan di tempatkan bersama para solihin.
Namun begitu setiap kematian membawa teladan kepada kita yang hidup.
* Adakah kita bersedia? Jika kita juga dipanggil pulang hari ini..
* Amalan kita ? Cukupkah dengan yang ada sekarang..
* Adakah telah siap persediaan untuk keluarga yang kita tinggalkan?
Tepuk dada, Tanya Iman..

Monday, January 19, 2009

7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Setiap Pagi.

Di petik & diubahsuai dari.. (www.imotivasi.com)

Perkara terbaik yang Anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab Anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, Anda masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.
2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang Anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang Anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, jadi tak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila Anda start punch card nak masuk kerja, baca Bismillah, moga dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat Anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.
Bila istiqamah melakukannya, Anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!
5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila keluar rumah ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja, lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Mulai hari ini, ubah sikap Anda. Set target apa yang Anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai Anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang Anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang Anda nak dapat hasil dari bisnes Anda. Set juga apa yang Anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes Anda.
Andai Anda seorang pekerja, set berapa tugas yang Anda nak siapkan dan set limit masa untuk Anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.
6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni , berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood Anda menjadi positif.
7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang. Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, Anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, Anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda
.
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup!

Friday, January 16, 2009

MAA TAKAFUL MEDICAL CARD - SmartMedic100




SMART MEDIC 100

Kita faham tentang keadaan ekonomi yang tidak menentu
Kita faham harga barang semakin naik dan meningkat

Dan kita juga faham kos perubatan juga meningkat setiap tahun.

Kita juga TIDAK dapat memberi jaminan yang kita..
TIDAK jatuh sakit..
TIDAK di timpa kemalangan
TIDAK memerlukan pembedahan

TAPI... Kita boleh bersedia untuk menghadapi kemungkinan ini..
kita juga TIDAK PERLU habiskan wang yang disimpan bertahun tahun kepada doktor yang merawat kita.

Untuk keterangan Lanjut hubungi saya di talian 017-6668905

Tuesday, January 13, 2009

KEMALANGAN : BETUL BETUL KAT BILBOARD MAA ASSURANCE

Seorang maut bas rempuh kenderaan
POLIS memeriksa tempat kejadian di mana sebuah bas merempuh motosikal di persimpangan lampu isyarat di Bayan Baru yang mengakibatkan seorang terbunuh.
GEORGETOWN: Seorang penunggang motosikal terbunuh manakala tujuh lagi, termasuk seorang budak berusia 10 tahun parah apabila sebuah bas kilang merempuh sekumpulan motosikal dan sebuah kereta yang berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Tun Dr Awang-Jalan Bukit Tengah, di Bayan Baru, semalam. Bas yang membawa kira-kira 20 pekerja kilang dari arah Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (Pisa) menuju kilang di Bayan Lepas itu, dipercayai hilang kawalan, memasuki laluan bertentangan di persimpangan itu dan merempuh enam motosikal serta kereta kira-kira jam 5.30 petang. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain, berkata rempuhan itu menyebabkan motosikal Ang Gim Chye, 40, dari Taman Tun Sardon, di sini, terperosok di bawah bas.

Di petik dari www.bharian.com.my (Online pada 13 Jan 09)

Monday, January 12, 2009

STUDY VISIT KE SEELONG SANITARY LANDFILL

Study Visit Ke Seelong Sanitary Landfill, Johor telah di lakukan pada 10 Januari 2009. Seelong Sanitary Landfill adalah antara tapak pelupusan sampah termoden yang terdapat di Malaysia. Posing Di Unit Rawatan Air Sampah (Leachete) bersama Project Engineer, Saudara Mohd Nor Izham Azry Fauzi dan Eksekutif OSH/HR, Saudara Suhaimi Ab Ghani. Air sampah akan diproses semula sebelum boleh dialirkan ke Sungai.
Sample air sebelum dan selepas di rawat. Proses ni agak ketat kerana air sampah ni mengandungi bermacam macam bahan kimia. Banyak mesin canggih canggih yang digunakan. Yang jernih tu dah boleh dilepaskan dalam sungai biasa.

Sebahagian daripada kawasan Tapak Pelupusan seluas 275 ekar. Dilapisan bawah sekali terdapat geotextile (lebih kurang macam tikar getah tu la..) kemudian, ada crusher run. Baru lah sampai di letakkan di situ.. Atas sampah tu, di tutup dengan tanah merah.
Di Pejabat Seelong Education Center bersama rakan sekerja, saudara Mohd Fazeli Satar.

Monday, January 5, 2009

Ya Allah.. Selamatkanlah Saudara Kami Di Palestine
di petik dari : www.zaharuddin.net

USAHA KITA : PILIHLAH
Pilihlah salah satu atau lebih dari satu dari tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah dan Palestin yang sedang cuba dijajah.

1) Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya.

2) Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak menentu, di UK kami ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga - 10 darjah celcius. Palestin juga berada dalam cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam

3) Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga merkea yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini.
Doa anda boleh bacanya sebagai :-
a- Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidakmembatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana andatidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemudian terus turun sujud, tiada berturut-turut.
b- Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.
c- Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.
d- Dan banyak lagi waktu doa maqbul.

4) Solat Hajat ; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.

5) Menyertai Demonstrasi Aman : Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.

6) Menulis ; Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.

7) Ceramah ; anda mampu ceramah? berikanlah ceramah berkaiatan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda.Anda tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan pun boleh.

8) Boikot : perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka. Pelajar Al-Azhar, kami mendambakan tindakan dan usaha anda terhadap kerajaan Mesir.

Puasa Hari Asyura - Rabu 7 Januari 2009

"Hari Asyura" ialah hari yang kesepuluh dari bulan Muharam.

Umat Islam disunatkan berpuasa pada hari yang tersebut, seperti yang diterangkan dalam hadith yang berikut:

51- عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ أَبِي سُفْيَانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ هَذَا يَوْمُ عَاشُورَاءَ وَلَمْ يَكْتُبْ اللَّهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ وَأَنَا صَائِمٌ فَمَنْ شَاءَ فَلْيَصُمْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيُفْطِرْ. (رواه البخاري)

51- Dari Mu'awiyah bin Abu Sufyan r.a., katanya: Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hari ini ialah hari Asyura, sedang kamu tidak diwajibkan berpuasa padanya, sebaliknya aku sekarang sedang berpuasa. Oleh itu, siapa suka berpuasa bolehlah ia berpuasa dan siapa suka berbuka maka bolehlah ia berbuka."(1)

(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari

PROGRAM PENUTUP BAGI TAHUN 2008.

Program bagi Penutup Tahun 2008 bermula lepas punch kad terakhir jam 5.20 petang di office.

Lepas maghrib, singgah sekejap kat masjid Al Azim ada program bacaan Yasin sempena tahun baru 2009. TYT Melaka dan Ketua Menteri Melaka yang rasmikan majlis tu.
Ketua Menteri Melaka sedang memberikan perutusan Tahun Baru .

Sebenarnya kami ada program Task Force menjelang tahun 2009. Program ini anjuran KARISMA Melaka. Ketuanya Al Amin yang baju putih tu. Antara yang hadir memberi sokongan adalah Ustaz Rahimin Bani, Ketua Pegawai Penguatkuasa JAIM ( baju melayu hijau ), Tuan Haji Norazmi Mat Noh, YDP JIM Negeri Melaka, Tuan Haji Abd Aziz Omar, YDP JIM Melaka Tengah. Turut serta dalam gambar tu adalah Ustaz Hanuar Talib, seorang penceramah bebas yang juga SU Kerja JIM Melaka.

Sebelum turun padang mengedarkan Risalah Mengenai Menutup Aurat, Risalah Palestine dan lain lain. Sedikit pengisian Motivasi di berikan oleh Saudara Fauzan Ibrahim kepada semua yang terlibat dalam program tu..
Kami berpecah kepada beberapa kumpulan dan bergerak ke Dataran Pahlawan, Dataran MBMB dan Hang Tuah Mall. Tujuannya adalah untuk sama sama menyampaikan sedikit risalah dan berkongsi pandangan mengenai beberapa perkaraseperti Palestin dan sebagainya kepada masyarakat umum yang sedang ghairah menyambut Tahun Baru.
Baik juga kat Melaka tiada sambutan besar besaran yang dianjur oleh kerajaan seperti tahun sebelumnya. Hanya ada sambutan yang dianjur oleh pusat pusat hiburan di sekitar Melaka Raya.
Dalam takda takda sambutan pun, sehingga pukul 1 pagi kami di tempat tempat tersebut, masih ramai lagi anak muda kita yang leka. Remaja lelaki dan perempuan masih lagi berpeleseran hingga awal pagi. Semasa bangun jam 4.30pagi untuk qiamulail di masjid al azim, masih lagi kedengaran bunyi motorsikal mat mat rempit ni..
Lepas ni solat sunat, saya terus ke Maidin 24 Jam untuk membeli belah barang keperluan harian dengan saudara Zairi Suboh. Rupanya seronok juga shopping pagi pagi ni.. Lepas shopping sementara tunggu azan, kami singgah minum ni kedai mamak kat melaka baru, tokey kedai tu baru je bukak kedai, belum habis kemas, saya dah tanya "dah boleh makan ke?" Boleh katanya..
Lepas solat suboh di Masjid Pengkalan Batu, terus balik rumah.