Monday, September 27, 2010

POINTS ON HOW TO IMPROVE YOUR LIFE

Personality:
1. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.
2. Don't have negative thoughts of things you cannot control.
Instead invest your energy in the positive present moment
3. Don't over do; keep your limits
4. Don't take yourself so seriously; no one else does
5. Don't waste your precious energy on gossip
6. Dream more while you are awake
7. Envy is a waste of time. You already have all you need..
8. Forget issues of the past. Don't remind your partner of his/her mistakes of the past.
That will ruin your present happiness.
9. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
10. Make peace with your past so it won't spoil the present
11. No one is in charge of your happiness except you
12. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
13. Smile and laugh more
14. You don't have to win every argument. Agree to disagree.
Community:
15. Call your family often
16. Each day give something good to others
17. Forgive everyone for everything
18. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6
19. Try to make at least three people smile each day
20. What other people think of you is none of your business
21. Your job will not take care of you when you are sick. Your family and friends will. Stay in touch.
Life:
22. Put GOD first in anything and everything that you think, say and do.
23. GOD heals everything
24. Do the right things
25. However good or bad a situation is, it will change
26. No matter how you feel, get up, dress up and show up
27. The best is yet to come
28. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful
29. When you awake alive in the morning, thank GOD for it
30. If you know GOD you will always be happy. So, be happy.
While you practice all of the above, share this knowledge with the people you love, people you school with, people you play with, people you work with and people you live with. Not only will it enrich YOUR life, but also that of those around you.

Thursday, September 23, 2010

RAYA TAHUN NI DENGAN KAWAN KAWAN LAMA..

Tahun ni raya lain sikit sebab dapat berjumpa semula dengan rakan rakan lama semasa belajar di Sek Men Layang Layang (SMKLL) dulu. Pada 3 Syawal 1431 bersamaan 12 September 2010 adalah hari bersejarah sebab selepas 17 tahun, sebahagian kami dapat berjumpa semula. Semua yang hadir hadir adalah rakan rakan dari GROUP FB 'smkll_spm93' yang di asaskan pada awal tahun 2010. Alhamdulilah.. Program juga dapat coverage dalam Sinar Harian Edisi Johor yang disiarkan pada 17 September 2010. Tengok kat SINI.

Friday, September 3, 2010

JANGAN LUPA YANG INI.. PENTING!!!

Menjelang Hari Raya, biasanya pelbagai keperluan yang kita sediakan bagi meraikan hari yang mulia tersebut. Selain keperluan rumah, Pakaian, kuih muih dan kereta juga tak ketinggalan kita tukar aksessorinya.

Namun begitu, kebanyakan dari kita lupa, pada musim perayaan inilah juga kita akan memandu lebih jauh daripada biasa, yang mana banyak rumah sahabat handai, saudara mara yang perlu kita kunjungi. Pada musim ini jugalah laporan kemalangan lebih banyak kita dengar berbanding luar musim perayaan. Tak percaya? Tengok laporan Ops Sikap setiap tahun, kita bandingkan statistik yang ditunjukan setiap tahun..

Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan Pelan Takaful Kemalangan oleh MAA Takaful yang dinamakan PATINA 77. PATINA 77 adalah Pelan Takaful Kemalangan Individu (Personal Accident) yang ditawarkan MAA Takaful Berhad untuk keperluan perlindungan anda. Berlandaskan hukum syariah, ia menawarkan perlindungan 24 Jam terhadap kemalangan walau dimanapun anda berada.

Dengan hanya serendah RM0.51 Sen sahaja sehari,(Rujuk Jadual Faedah Pelan 1 dibawah) kita seumpama membawa RM50 RIBU untuk famili kita, kemana sahaja kita pergi. Rasanya bagi orang biasa macam kita ni, tak pernah bawak duit sebanyak tu sepanjang masa. Apa perasaan anda jika bawak duit RM50 RIBU setiap kali memandu, tak kira la dalam bentuk cek ke, tunai ke atau kad kredit. Pastinya kita akan merasa tenang, kerana kalau jadi apa apa, kita ada duit sebanyak tu untuk dibuat belanja sepanjang perjalanan.
INGAT! Kemalangan bukan sahaja di jalanraya, kat rumah pun boleh terjadi kemalangan. Boleh rujuk di sini untuk posting sebelum ini.
Oleh yang demikian, sebelum kita pulang berhari raya, ambil lah 1 Polisi Takaful Kemalangan Patina sebagai perlindungan kewangan tambahan. Hubungi saya segera di talian 017-6668905 untuk kita mulakan hari ini juga.

Thursday, July 29, 2010

Teh Tarik Session..

Malam esok, 31 Julai 2010 akan diadakan Mini Reunion untuk bekas pelajar - pelajar Sek Men Kebangsaan Layang Layang Johor. Walaubagaimanapun, program ni bukanlah untuk semua bekas pelajar, tapi khusus / terhad untuk Batch SPM 93 je.
Program ni akan di adakan di kedai seorang rakan yang kini menjadi usahawan @ tokey di kedainya sendiri iaitu di kedai Tepian Layang kepunyaan Suminah Mustafa. Di jangka seramai 15 orang akan menyertai Teh Tarik Session ni.
Antara agenda yang di sembangkan pada malam tersebut adalah mengenai Nostalgia zaman sekolah dulu, maklumlah ada yang sejak dari habis SPM dulu tak pernah jumpa kawan-kawan. Lama Betul!
Selain itu ia juga akan membincangkan program Reunion Raya yang di rancang akan diadakan pada September ini.

Sunday, June 20, 2010

MAJLIS PELANCARAN IKRAM DI MIECC

Pertubuhan Ikram Malaysia, sebuah NGO baru telah di lancarkan pada 20 Jun 2010 di MIECC.
Majlis ini telah di hadiri lebih dari 5000 orang yang terdiri daripada ahli-ahli dan jemputan yang lain. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.

Saya juga tidak ketinggalan menyertai program yang bersejarah ini bersama rakan rakan lain dari Melaka yang menaiki sebuah bas dan beberapa buah kereta.


Monday, June 14, 2010

Kebakaran Besar in My Hometown

Fiery glow: Firemen trying to control the blaze at Pekan Layang Layang in Kluang yesterday. The fire was eventually put out at 7.30am.

Sekadar berkongsi pengalaman sendiri melihat kebakaran yang begitu besar yang telah memusnahkan 'pusat ekonomi' penduduk setempat sejak sekian lama. Kejadian yang berlaku pada pagi 13 Jun 2010 adalah pengalaman menarik yang jarang dapat disaksikan.

Rujuk : Thestar Online

Fire destroys century-old shophouses
KLUANG: Thirty-five wooden shophouses, many of them almost a century old, were destroyed in an early morning fire at Pekan Layang Layang here.
The shops were as old as the Kluang Railway Station, which began operations in 1915, said Kluang OCPD Asst Comm Fawzi Arshad.

“Most of the wooden shops were around 90-years-old,” he said, adding that no one was injured.
Johor Fire and Rescue Department operations commander Hamid Suhari said they were notified by the police at 5.47am. At least 100 men were mobilised.
“We managed to control the flames and bring the fire under control at 6.40am,” he said, adding that the blaze was put out at 7.30am.

Saturday, April 17, 2010

Pulangnya Asy Syahid Dr Aziz Rantisi

Dari MalaysiaHarmoni:Foto : Dr Abdul Aziz Rantisi bersama Asy Syhahis Syeikh Ahmad Yasin

Kita sering tercari-cari siapakah dalam kalangan manusia pada hari ini yang wajar dijadikan contoh ikutan dalam perjuangan menegakkan kalimah al-Haq. Kita mahu mencontohi beliau baik dari sisi istiqamahnya, baik dari segi tsabatnya, baik dari segi jihad, kesungguhan dan pengorbanannya. Nah, salah seorang daripada insan yang pernah memiliki sifat-sifat ini ialah asy-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi. Pada 17 April 2010 ini genaplah enam tahun asy-Syahid meninggalkan kita semua. Beliau dibedil oleh helikopter Apache Zionis Israel dengan peluru berpandu Hellfire yang juga telah mengambil nyawa asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin dua puluh enam hari lebih awal.
Sebelum kakinya melangkah keluar dari rumah kerana menziarahi keluarga selepas waktu Isyak, beliau dengan hati penuh harap berkata, "Semoga Engkau masukkan kami ke dalam syurga mu ya Allah. Inilah puncak harapanku...”
Tidak berapa langkah dia meninggalkan rumah, kedengaranlah bunyi ledakan. Ternyata helikopter Apache telah siap menunggu dan menganugerahkan apa yang didambakan oleh asy-Syahid. “Ia adalah kematian sama ada dengan pembunuhan atau barah. Tidak ada yang berubah sama ada dengan Apache atau sakit jantung. Dan aku memilih Apache..”
Bukti bahawa asy-Syahid gembira dengan anugerah ini tergambar daripada senyuman yang menguntum di bibirnya dan darah yang terus mengalir setelah 24 jam beliau syahid yang menghamburkan bau harum kasturi. Semua yang hadir menziarahi jenazah asy-syahid yang mulia melihat kebesaran Allah dan benarnya janji Allah dan Rasul-Nya,
“Jangan kamu menyangka mereka yang mati syahid itu mati, bahkan mereka hidup dan diberi rezeki, hanya kamu tidak mengetahuinya.”
Pendirian Asy-Syahid Abdul Aziz Rantisi terhadap perjuangan, cintanya terhadap tanah airnya bumi Palestin dan Baitul Maqdis yang suci telah sedia kita maklumi. Dia mengabdikan seluruh hidupnya untuk jihad dan untuk al-Quds. Inilah yang digambarkan oleh isteri asy-Syahid Ummu Muhammad, beliau adalah gambaran ayat Allah, "Sesungguhnya tidak dijadikan manusia dan jin melainkan untuk menyembah Dia."
Sebagaimana juga asy-Syahid Syeikh Ahmad Yasin yang mendahului beliau, Israel tidak pernah berasa aman dengan beliau yang tidak pernah mengenal erti mengalah dan lemah. Tidak seperti pemimpin-pemimpin Palestin sekular yang siap untuk menggadaikan prinsip dan tanah air atas nama rundingan damai, asy-Syahid Abdul Aziz Rantisi tidak pernah berganjak dari keyakinan bahawa bumi Palestin tidak mungkin ditukar ganti dengan apa pun. Pilihan yang ada pada Israel hanya satu iaitu keluar dari bumi Palestin yang mereka jajah dan kembalikan hak rakyat Palestin yang mereka rampas. Jika mereka gagal untuk melakukan ini maka bersedialah untuk berhadapan dengan api jihad yang akan terus bersemarak membakar jiwa-jiwa para mukmin sehingga akhir.
Hasrat Zionis untuk melihat lumpuhnya HAMAS dengan terbunuhnya dua pemimpin utama dalam selang empat minggu meleset sama sekali. Bahkan kematian dua tokoh ini menyuburkan lagi jihad di bumi Palestin. Kini setelah enam tahun kedua-dua mereka meninggalkan kita, Palestin terus berdiri teguh berhadapan dengan segala macam kekuatan yang ditalakan dunia ke atas mereka. Bukan sahaja mereka diperangi oleh senjata-senjata terkini bahkan mereka dikepung dan di kelilingi oleh tembok-tembok kematian serta dikhianati pula oleh saudara-saudara seagama yang bersekongkol dengan musuh-musuh untuk mencengkam Gaza dan tanah suci al-Quds. Inilah karamah yang terbit daripada kehebatan asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin dan asy-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi.
"Di belakang seorang lelaki yang agung pastinya seorang wanita yang mulia", demikianlah ungkapan yang disebut kepada isterinya Ummu Muhammad. Namun Ummu Muhammad segera menyanggah kata-kata ini. Sebaliknya beliau memuliakan ibu asy-Syahid yang mana di atas didikan kemuliaan dan kehebatan daripada almarhumah ibunyalah lahir asy-Syahid Abdul Aziz Rantisi.
Beliau digambarkan oleh isterinya sebagai seorang suami, ayah dan datuk yang bukan sahaja melimpah kasih sayangnya terhadap isteri, anak-anak dan cucu-cucu bahkan kasih sayang itu akan segera diluahkan sebaik sahaja ada ruang dan kesempatan. Bahkan ketika dikelilingi oleh tugasan yang banyak termasuk ketika melayan para tetamu dan wartawan beliau akan berhenti sebentar untuk menegur anak-anaknya dengan penuh kemesraan. Lantaran itu tidak seorang pun daripada anak-anaknya dan cucu-cucu (14 orang semuanya) yang tidak merasakan kemesraan ayah dan datuk mereka sehingga mereka semua bercita-cita untuk mengikuti jejak langkah asy-Syahid dalam perjuangan.
Kelembutan asy-Syahid terhadap keluarga digambarkan oleh Ummu Muhammad dalam satu pengalaman di mana beliau tersinggung peti televisyen sehingga pecah skrinnya. Beliau begitu bimbang kerana sekatan ekonomi tidak memungkinkan mereka menggantikan TV yang pecah itu. Tetapi asy-Syahid yang melihat kebimbangan Ummu Muhammad telah memujuk beliau dan berkata “Qadarallah maa syafaa’a fa’al” (Setiap sesuatu itu ada tempoh akhirnya).
Semoga contoh-contoh kecil dari tokoh besar ini membekas di hati kita semua dan menjadikan kita berjiwa besar dan tidak terikat dengan dunia. Sesungguhnya membebaskan diri daripada kesempitan dunialah yang menjadikan seseorang itu mendambakan kehidupan akhirat yang kekal abadi.
Ketegasannya dalam perjuangan tidak dipersoalkan. Sewaktu asy-Syahid Abdul Aziz Rantisi diusir bersama 416 orang pejuang oleh Israel di selatan Lubnan pada tahun 1992, beliau didatangi oleh seorang wartawan media barat mengajukan soalan "Kenapa HAMAS enggan iktiraf Israel?" Jawapan yang diberikan oleh asy-Syahid Abdul Aziz Rantisi meninggalkan wartawan tersebut sendiri kebingungan. "Israel yang mana? Israel 1948? Atau Israel 1967? Atau Israel 1981? Atau Israel 1993? Atau Israel 2000?"
Hakikatnya, Israel adalah entiti palsu yang tidak punya sebarang sempadan yang hakiki. Bagaimana mahu mengiktiraf sebuah negara haram yang tidak punya sebarang ketentuan sempadan kerana ia didirikan di atas negara orang lain yang dirompak dan dirampas semahunya dan sekehendak hati mereka. Lantaran itu as-Syahid Abdul Aziz Rantisi berikrar “Israel tidak akan mengenal keamanan. Kami akan memerangi mereka sehingga Palestin dibebaskan, dibebaskan seluruhnya.”
Inilah gambaran orang-orang beriman yang digambarkan oleh Allah sunhanahu wataala,
"…Mereka kasih kepada Allah dan Allah kasih kepada mereka, mereka berkasih sayang sesama mukmin (izillah alal mu’mimin) dan tegas terhadap golongan kafir (a’izatul alal kafirin), mereka berjihad di jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang-orang yang mencela…”