Tuesday, December 2, 2008

GENAP 11 TAHUN...



3.12.2008
Genaplah 11 tahun saya bertugas di SWM Environment Sdn Bhd ( dahulunya di kenali sebagai Southern Waste Management Sdn Bhd ). Syarikat yang di beri konsesi Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam oleh Kerajaan Persekutuan di Kawasan Selatan Semenanjung Malaysia ( Melaka, Johor & Negeri Sembilan )
Kebetulan tarikh 3.12.1997 adalah tarikh lahir Siti Rosliza adik saya yang bongsu. Lama betul rasanya saya dah kerja di sini. Masa tu cuma 200 lebih orang je pekerja, sekarang dekat 4000 pekerjanya.

Masa mula kerja dulu, saya bertugas sebagai Kerani di Jabatan Sumber Manusia di SWM Johor. Setahun kerja di JB saya di bertukar angin bila diminta untuk bantu set up office SWM Melaka. 14.12.1998 saya masuk office Melaka sampailah sekarang...

Masa berlalu dan terus berlalu... Dah 11 tahun rupanya kerja kat SWM ni. Daripada Kerani di Jabatan Sumber Manusia kini saya di tugaskan untuk membantu Unit Latihan dan Pengurusan Kualiti (QM).
Malam tadi (2/12/08) masa attend Grand BOP Public Mutual di Avilion Legacy Hotel, saya tersentuh dengan ungkapan one of the speaker, David Goh, katanya,
"If You Continue What Are You Doing Now, You Will Continue What You Are Getting Now"
Begitulah adanya....

2 comments:

Anonymous said...

I like you blog very much!!!

Abu Anas said...

Sungguh terharu dengan kisah hidup saudara... semoga Allah murahkan rezeki atas apa yg telah saudara sumbangkan selama 11 tahun ini. Pangkat apa sekarang?