Tuesday, December 9, 2008

KANSER PAYU DARA KIAN MENINGKAT.. Selain Jaga Kesihatan, Persediaan Kewangan Juga Perlu.

Sumber : www.utusan.com.my
Oleh FARHANA FARUSH KHAN
PETALING JAYA 9 Dis. - Jumlah pesakit kanser payu dara di negara ini kian meningkat lebih lima peratus atau melebihi 20 orang bagi setiap 400 wanita berbanding anggaran yang dicatatkan kerajaan sebelum ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Assunta, Choy Wah Wei berkata, ia berdasarkan kempen Passionately Pink pihaknya yang mendapati daripada 400 wanita yang menjalani pemeriksaan payu dara, seramai 40 orang atau 10 peratus dikesan menghidapi kanser terbabit.
"Jumlah ini melebihi bilangan awal yang dicatatkan iaitu 20 orang atau lima peratus bagi jumlah individu berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun," katanya.
Beliau menyatakan demikian pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Hospital Assunta dengan rakan kerjasamanya untuk kempen Passionately Pink iaitu Asia Asistance Network (M) Sdn. Bhd., Jaya One dan PJ Live, di Hospital Assunta di sini hari ini.
Pada majlis itu, model popular tempatan, Amber Chia turut diumumkan sebagai duta bagi kempen tersebut untuk tahun depan.
Wah Wei berkata, kempen bermula 14 Ogos lalu dan berakhir hari ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kanser payu dara dan mengumpul dana bagi membantu pesakit kanser terbabit.
"Sepanjang kempen, doktor dari Hospital Assunta mengunjungi syarikat terpilih dan menyertai program atau acara yang dianjurkan mana-mana pihak bagi memberikan pemeriksaan kanser payu dara secara percuma kepada kaum wanita yang ada," katanya.
Beliau berkata, individu yang dikesan atau disyaki mempunyai kanser dinasihatkan mendapatkan pemeriksaan lanjut dan rawatan segera di mana-mana hospital.
Katanya, hasil usaha yang dijalankan antara Hospital Assunta dan rakan kerjasamanya dalam menganjurkan aktiviti sepanjang kempen itu membolehkan pihak terbabit mengumpul dana berjumlah RM100,000 dan ia dimasukkan ke dalam tabung hospital tersebut.
"Dana yang dikumpulkan ini akan digunakan bagi membantu pesakit kanser payu dara yang kurang mampu menjalani rawatan lanjut," katanya
Hubungi saya di talian 017-6668905 atau emel ke mfj.maa@gmail.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Plan CancerCare MAA Takaful. Posting terdahulu mengenai CancerCare juga berkaitan.

No comments: